Author

Tuesday, August 21, 2012

Vanila Coklat Raya'12



Zara dan Aamir bergaduh lagi selepas pulang dari bulan madu mereka yang ketiga kerana persoalan yang ditimbulkan Aamir kepada Zara mengenai keengganan Zara untuk mengandung. 

Zara belum bersedia dan merajuk kerana dia merasakan Aamir tidak faham akan keadaannya. Perubahan sikap Aamir telah menimbulkan kesangsian rakan-rakan Izara bahawa Aamir ada teman wanita lain. 

Meraka mencadangkan Zara untuk mengubah penampilan diri daripada seorang yang kasar kepada lemah lembut. Kesibukan Aamir yang sedang menjalankan latihan praktikal di sebuah majalah sebagai jurufoto telah mengabaikan Zara dan memberi peluang kepada Kamal untuk menambat semula hati Zara. 

Pada masa yang sama, Liya muncul secara tiba-tiba dan secara kebetulan dia menjadi model sambilan untuk majalah yang Aamir bekerja.


Komen laa sikit ! :P

No comments:

Post a Comment